Dalam diam, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Raihan, Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir.

Memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah dia juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Nazrey yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

Di sebalik usaha membantu ramai masyarakat Islam menjalankan perniagaan tersebut, Nazrey juga ada menyimpan hasrat tersendiri untuk membangunkan sebuah kampung tahfiz bermodalkan keuntungan perniagaannya.

Rancangan itu kemungkinan besar akan diusahakan pada hujung tahun 2010, di sebuah tapak di Ranau, Sabah.

Menyentuh tentang kerjaya seninya pula, Nazrey bakal memasuki studio rakaman pada bulan Julai nanti bagi merakamkan album lagu-lagu asas solat dan wuduk terbitan Inteam Records.

Kepada yang berminat menjadi agen jualan produk Titan Power Motor Oil, hubungi talian 019-4568490 (Md. Noor) atau 012-3971566 (Md. Azman).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut, sila layari http://www.titanloyal.com.