Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Sekarang ini heboh pula pasal ugutan penyebaran gambar bogel penyanyi Farawahida. Ianya menjadi misteri kerana telefon bimbit milik komposer Julfekar Ahmad Shah telah pun diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan yang Julfekar telah pun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling jaya Isnin lalu untuk memberi keterangan berhubung laporan Farawahida yang dia menerima SMS berbaur ugutan dari komposer tersebut.

Farawahida ada juga mendakwa yang Julfekar turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel Farawahida dalam Internet jika dia meneruskan niat mahu keluar dari syarikat rakaman milik Julfekar.

Kami juga mendapat maklumat yang telefon milik Julfekar telah dirampas bagi membantu siasatan pihak Polis di atas dakwaan Farawahida.